Thursday, 21 November 2013

Ahli Syurga :)

 Pada suatu hari, Rasulullah berkumpul dengan Para Sahabat, maka tiba-tiba Rasulullah mengumumkan "Sebentar lagi akan masuk seorang Ahli Syurga".. maka masuklah orang tersebut..pada keesokan harinya, Rasulullah ulang, "Sebentar lagi akan masuk seorang Ahli Syurga" maka masuklah orang yang sama. 3x Rasulullah umumkan, orang yang sama juga masuk.

Kemudian Para Sahabat tidak puas hati, mereka tertanya-tanya apa amalan orang ini sampai 3x diumumkan Nabi sebagai Ahli Syurga. Maka ada sahabat Nabi yang mendatangi rumah orang tersebut, maka Sahabat Nabi bermalam dirumah Ahli Syurga tersebut, Sahabat tengok macam biasa sahaja, tidak ada amalan yang luar biasa, maka ditanya, "Apa amalan kamu sehinggakan Rasulullah S.a.w  umumkan 3 kali Ahli Syurga??" Jawabnya "Aku ini sebelum tidur, aku maafkan semua orang yang menyakiti aku, yang menzalimi aku, yang membuat sesuatu kepada aku, aku maafkan semuanya.." SubhanAllah...sungguh bersih hatinya, semoga kita kembali kepada Allah dalam keadaan Hati yang Bersih & Selamat..
#NoteToMySelf :)

Sunrise at Masjid Likas Sabah :)


2 comments: