Monday 18 November 2013

Sahabat Ukhwah Fillah Abadan Abada :)

Sahabat yang akan selalu mendoakan yang terbaik untuk sahabatnya. Sahabat nie sangat istimewa dalam doa sahabatnya. “Ukhwah itu bukan pada indahnya pertemuan , tetapi pada ingatan seseorang  terhadap saudaranya didalam doanya” [ Imam Al-Ghazali ].
Kalau sayangkan sahabat kita, kita mestilah mengajaknya ke arah kebaikan..kebaikan yang macam mana tue..?? Kebaikan dari segi percakapan, adab-adab dalam pergaulan, kita nasihatkan dia semasa dia memerlukan seseorang pada ketika itu, di saat inilah masa yang paling sesuai untuk kita menasihatinya dengan lemah lembut, penuh kasih sayang dan tidak memaksa. InsyaALLAH pintu hatinya akan terbuka. :)

Macam mana pulak dengan orang yang keras kepala nie...??? If nak masuk syurga... and nak masuk syurga sama2, ajak dia buat kebaikan, tegur elok2, slow talk, terangkan and lastly Doa..Doa yang paling penting sekali. Doa tak boleh tinggal tau...jangan pulak terus hentam,api jangan disimbah dengan minyak gas..nanti semakin marak pulak api tue, api mesti disimbah dengan air, tapi jangan disangka air yang tenang tak ada buaya..jika kawan kita masih lalai, kita tegur sahaja, jangan takut, sayang kat dia act like one..

 

Firman ALLAH dalam surah Az-zukhruf ayat 67- Teman-teman akrab pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa. Harap-harap kita semua tidak termasuk dalam golongan yang menjadi musuh sahabat sendiri.

No comments:

Post a Comment