Monday 9 December 2013

Mencintai Rasulullah S.A.W melebihi nyawanya sendiri ^_^

Kisah Khubaib bin Adi, seorang sahabat yang hatinya penuh kecintaan terhadap Rasulullah S.A.W melebihi nyawanya sendiri, selepas rakan-rakan dibunnuh, Khubaib yang ditangkap puak musyrikin dengan kejamnya diseksa kemudian mereka ingin membunuhnya. Sebelum dibunuh, Khubaib memohon satu permintaan iaitu ingin solat sebanyak 2 rakaat, selesai sahaja memberi salam, Khubaib menoleh kepada musyrikin yang ingin membunuhnya dengan mengatakan "Seandainya bukan kerana sangkaan kalian yang ingat aku takut mati, pasti aku akan memanjangkan solatku", kemudian Khubaib melantunkan syair, "Mati bagiku tidak menjadi masalah, asalkan dalam redha dan rahmat Allah S.W.T  dengan jalan apa pun kematian itu terjadi, asalkan kerinduan kepadaNya terpenuhi, Ku berserah kepadaNya".

Sesuai dengan takdir dan kehendakNya...pinta keredhaan kepada Allah S.W.T didengari dan disampaikan kepada Rasulullah S.A.W , Rasulullah S.AW. yang ketika itu berada di Madinah secara langsung mengutuskan Miqdad bin Amar dan Zubair Bin Awwan untuk segera menyusul ke tempat Khubaib disalib..
Ketika itu tak seorang pun orang Madinah yang mengetahui peristiwa kejam itu..Siapa lagi yang menyampaikan kepada Rasulullah S.A.W melainkan Allah S.W.T yang mendengar rintihan hambaNya yang dizalimi musuhNya.

Kemudian Khubaib disalib diatas tiang salib, badannya langsung dihujani panah oleh semua pemanah musyrikin, kemudian datang pembesar musyrikin lalu Khubaib ditanya, "Ya Khubaib, sukakah engkau bila Muhammad menggantikan tempatmu sementara kau bergembira bersama keluargamu?"
Gemuruh jiwanya menjawab, "Wallahi!!..aku tidak Redha jika aku bersama anak isteriku sedang menikmati kesenangan dunia, sementara Rasulullah terkena musibah walaupun tetusuk sebji duri!!"

Apabila tiba utusan Rasulullah S.A.W, Miqdad san Zubair, kelihatan Khubaib sudah pergi menghadap Ilahi dengan tenang dan meninggallkan senyuman kedamaian , kerana Janji Allah S.W.T kepadanya sudah ditepatinNya . Jasab Khubaib dibiarkan diatas tiang salib agar dimakan burung pemakan bangkai , namun begitu Allah S.W.T tidak izinkan, bahkan burung tersebut pergi begitu sahaja meninggalkan jasad tersebut, maka 2 orang utusan Rasulullah S.A.W lah yang  menurunkan dan memaqamkannya beliau... Wallahu'alam...    

No comments:

Post a Comment