Monday 16 December 2013

Jom Nikah ^_^

Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar; ketika beliau tahun 1 peringkat ijazah. Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM 200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.Simple bukan? Kenapa perlu pening?

Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda.Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?

Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu; bukan cara Islam.Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.

Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba serbi. Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru. Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.

"Seganlah. Nanti orang kata apa."
"Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran."
Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah.

Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.

Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? Harga lampin pakai buang? Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. Pening!!

Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.

Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dahulu. Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.

Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa menyusahkan suami? Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya), untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.

Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima.
Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.
Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.

Just Sharing...
Found it at : https://www.facebook.com/DiariCinta Jom like page nie.. ^_^

Monday 9 December 2013

Mencintai Rasulullah S.A.W melebihi nyawanya sendiri ^_^

Kisah Khubaib bin Adi, seorang sahabat yang hatinya penuh kecintaan terhadap Rasulullah S.A.W melebihi nyawanya sendiri, selepas rakan-rakan dibunnuh, Khubaib yang ditangkap puak musyrikin dengan kejamnya diseksa kemudian mereka ingin membunuhnya. Sebelum dibunuh, Khubaib memohon satu permintaan iaitu ingin solat sebanyak 2 rakaat, selesai sahaja memberi salam, Khubaib menoleh kepada musyrikin yang ingin membunuhnya dengan mengatakan "Seandainya bukan kerana sangkaan kalian yang ingat aku takut mati, pasti aku akan memanjangkan solatku", kemudian Khubaib melantunkan syair, "Mati bagiku tidak menjadi masalah, asalkan dalam redha dan rahmat Allah S.W.T  dengan jalan apa pun kematian itu terjadi, asalkan kerinduan kepadaNya terpenuhi, Ku berserah kepadaNya".

Sesuai dengan takdir dan kehendakNya...pinta keredhaan kepada Allah S.W.T didengari dan disampaikan kepada Rasulullah S.A.W , Rasulullah S.AW. yang ketika itu berada di Madinah secara langsung mengutuskan Miqdad bin Amar dan Zubair Bin Awwan untuk segera menyusul ke tempat Khubaib disalib..
Ketika itu tak seorang pun orang Madinah yang mengetahui peristiwa kejam itu..Siapa lagi yang menyampaikan kepada Rasulullah S.A.W melainkan Allah S.W.T yang mendengar rintihan hambaNya yang dizalimi musuhNya.

Kemudian Khubaib disalib diatas tiang salib, badannya langsung dihujani panah oleh semua pemanah musyrikin, kemudian datang pembesar musyrikin lalu Khubaib ditanya, "Ya Khubaib, sukakah engkau bila Muhammad menggantikan tempatmu sementara kau bergembira bersama keluargamu?"
Gemuruh jiwanya menjawab, "Wallahi!!..aku tidak Redha jika aku bersama anak isteriku sedang menikmati kesenangan dunia, sementara Rasulullah terkena musibah walaupun tetusuk sebji duri!!"

Apabila tiba utusan Rasulullah S.A.W, Miqdad san Zubair, kelihatan Khubaib sudah pergi menghadap Ilahi dengan tenang dan meninggallkan senyuman kedamaian , kerana Janji Allah S.W.T kepadanya sudah ditepatinNya . Jasab Khubaib dibiarkan diatas tiang salib agar dimakan burung pemakan bangkai , namun begitu Allah S.W.T tidak izinkan, bahkan burung tersebut pergi begitu sahaja meninggalkan jasad tersebut, maka 2 orang utusan Rasulullah S.A.W lah yang  menurunkan dan memaqamkannya beliau... Wallahu'alam...    

Mata yang banyak berbuat dosa :(

Pada suatu hari, ada seorang sahabat keluar berjalan, maka dia terlihat aurat seorang wanita dengan sengaja, bila sedang melihat dengan asyiknya, maka dia teringat akan dosa yang dia telah lakukan, dia merasa hina sangat kerana telah berbuat sedemikian, kemudian dia keluar ke suatu tempat bersendirian mengenangkan dosanya yang telah dia lakukan, dan dia merasa tidak layak lagi matanya untuk memandang wajah Rasulullah S.A.W akibat matanya yang telah melakukan zina, Wajah Rasulullah S.A.W yang mulia itu tidak layak dipandang dengan menggunakan mata yang pernah berzina, selepas beberapa hari, maka Rasulullah S.A.W dapat kabar dari jibril tentang sifulan, maka Rasulullah S.a.w mencari sifulan didalam majlis Baginda, Rasulullah S.A.W memerintahkan para sahabat mencarinya serata tempat, maka dikatakan Ahli Keluarganya, Beliau berada di sebuah bukit. Maka datanglah Sayyidina Abu Bakar Assidiq, melihat pemuda tadi menangis teresak-esak. Maka para sahabat membawanya berjumpa Rasulullah S.A.W , atas perintah Rasulullah yang langsung tidak boleh diingkar. Beliau pun pergi.

Bila dia sampai ke Masjid Nabi, mendengar Rasulullah melantunkan ayat Al-Quran, dia terjatuh dan tersungkur kerana tidak dapat menahan kemerduan Suara Rasulullah S.A.W , kata pemuda itu. "Aku tidak berani melihat wajah Rasulullah, mataku telah berbuat dosa, mataku ini tidak layak lagi melihat wajah Rasulullah "

Lantas Sayyidina Abu Bakar membimbingnya dan membawanya kepada Rasulullah S.A.W , sampai dihadapan  Rasulullah S.A.W, pemuda itu terus tunduk, dan tidak berani mengangkat wajahnya, maka kata Rasulullah, "Dekatlah denganku, angkatlah wajahmu".

Kata pemuda tersebut, " Ya Rasulullah, aku tidak mahu lagi melihat wajahmu, mataku sudah banyak berbuat dosa ".
Jawab Rasulullah  S.A.W , " Mohonlah keampunan kepada Allah, angkatlah wajahmu", bila pemuda tadi angkat kepalanya, maka mengalir air mata taubat dihadapan Rasulullah S.A.W , ia tidak tahan lantas terus baring menciumi peha Rasulullah S.A.W , kemudian tidak lama selepas itu, wafatlah pemuda tersebut dalam keadaan bertaubat kepada Allah S.W.T dihadapan Rasulullah S.A.W , kata Para Sahabat yang menyaksikan kejadian tersebut, " Kami ini berjihad siang dan malam tapi tidak berpeluang wafat dipangkuan Rasulullah S.A.W ".

Dengan hanya terlihat aurat seorang wanita, beliau sudah berasa sedemikian...tetapi kita...??
Semoga kita tergolong didalam golongan yang disebut Rasulullah S.A.W yang akan dapat naungan Allah S.W.T yang mana dihari Manusia memerlukan naunganan..

Seseorang yang mengingati Allah, mengalirlah air matanya. ^_^


Thursday 5 December 2013

Fakta Menarik Tentang Khasiat Kaki Ayam.. ^_^

Pada kebiasaannya, kaki ayam akan dimasukkan ke dalam sup ayam sebagai penambah rasa. Ianya akan membuatkan rasa sup menjadi lebih sedap.

Ada sesetangah orang tidak mengemari sup kaki ayam. Mungkin kerana ada anggapan yang mengatakan bahawa ianya kotor. (mungkin juga sebab ayam tidak memakai selipar).

Namun, kaki ayam dikatakan mempunyai khasiatnya yang tersendiri, ramai yang tidak tahu mengenai fakta ini.

Hari ini, aku nak kongsi sedikit info yang pada semua pembaca… semoga ianya berguna.

Fakta Menarik Tentang Khasiat Kaki Ayam Fakta Menarik Tentang Khasiat Kaki Ayam

New York: Kajian terbaru mendapati pengambilan kaki ayam dikatakan mampu mencegahberlakunya ‘osteoporosis’ iaitu sejenis penyakit tulang rapuh, mudah retak dan patah. Masalah tulang ini biasanya tidak menunjukkan sebarang gejala di mana ia berlaku tanpa disedari.

Bagi mencegah osteoporosis seseorang biasanya dinasihatkan mengurangkan faktor risiko dengan meningkatkan pengambilan nutrisi dan bersukan secara teratur.

Kaki ayam bantu cegah reput tulang

New York: Kajian terbaru mendapati pengambilan kaki ayam dikatakan mampu mencegah berlakunya ‘osteoporosis’ iaitu sejenis penyakit tulang rapuh, mudah retak dan patah. Masalah tulang ini biasanya tidak menunjukkan sebarang gejala di mana ia berlaku tanpa disedari.

Bagi mencegah osteoporosis seseorang biasanya dinasihatkan mengurangkan faktor risiko dengan meningkatkan pengambilan nutrisi dan bersukan secara teratur.

Pengambilan minuman atau makanan yang mengandungi kalsium tinggi adalah satu cara mengelak serangan osteoporosis.

Elak tulang rapuh

Tanda disedari, kaki ayam juga dikatakan memainkan peranan penting mengelak tulang rapuh disebabkan ia dikatakan kaya dengan sejumlah nutrisi yang berfungsi untuk menjaga tulang dalam tubuh manusia.

Laman web firma produk dan penyedia perkhidmatan kesihatan Bl Health menyatakan hydroxyapatite adalah makanan untuk tulang yang berasal dari tulang makanan. Secara logiknya, makanan tepat untuk tulang adalah tulang.

Fakta Menarik Tentang Khasiat Kaki Ayam 2 Fakta Menarik Tentang Khasiat Kaki Ayam

“Kaki ayam dikatakan satu daripada makanan yang kaya dengan zat itu,” kata laman web itu.

Kita tidak perlu lagi memperkecilkan kaki ayam kerana ia kaya dengan khasiat protein yang ada pada kulit, otot, tulang dan kolagen iaitu sejenis protein jaringan ikatan liat dan bening berwarna kekuningan. – Agensi.

INFO: Kaki ayam

- Hydroxyapatite makanan untuk tulang berasal dari tulang makanan
- Kaya dengan sejumlah nutrisi yang berfungsi untuk menjaga tulang dalam tubuh manusia
- Kaya dengan khasiat protein pada kulit, otot, tulang dan kolagen.

...Semoga Bermanfaat...Sesungguhnya semua ciptaan ALLAH indah-indah belaka serta mempunyai banyak faedahnya… ^_^



Kata Ayah Ammar.. ^_^

Beza antara pemimpin biasa dengan pemimpin yang sentiasa dekat dengan Allah adalah ( Solat tahajudnya )
Arwah Ammar sangat menjaga Solat tahajudnya, sehingga mewajibkan diri untuk Solat tahajud..
Tapi,
Kita ?
Lihat diri kita hari ni?
Hati kian berkarat, dipenuhi dosa tanpa Nur Tuhan :’(

Pesan Ayah arwah Ammar…
Belajar engineering, belajar perakaunan, belajar teknologi, belajar apa sekali pun, kalau tiada adab tiada apa-apa..
Adab dengan Allah, adab dengan Rasul, adab dengan ibu dan ayah, adab segala-galanya...

SubhanAllah kata ibu Ammar, Allah mmng perlihara Ammar.
Dari ibu Ammar, pakaian yang dipakai Ammar semasa kemalangan , langsung tiada setitik darah pun, memang tiada darah, cermin mata yang di pakai pun tidak pecah, baju pun tiada koyak sedikit pun, SubhanAllah kata ibu Ammar, Allah mmng perlihara Ammar.

Al-Fatihah buat arwah Ammar
 — Oleh Ya Muhammad with Rosminah HjSalim.



Ketika Ayah Ammar ditanyakan soalan.. ^_^

Bagaimana Ustaz mampu mendidik Ammar sehingga dia menjadi seperti itu, sedangkan ustaz seorang yang sibuk dengan usaha dakwah di luar dan di dalam negara.

Kata Ayah Ammar,

Sebelum saya berkahwin dengan isteri saya, awal-awal lagi saya dah jelaskan kepada isteri yang saya nak buat kerja dakwah, jadi saya perlukan sokongan dan bantuan dari dia.

25 tahun kami berkahwin, itulah kehidupan kami, saya sibuk dengan urusan dakwah, dan ibunya sibuk dengan urusan dakwah juga..

Tapi saya dan isteri yakin dengan Janji Allah, apabila kita menjaga urusan dengan Allah, Allah akan bantu..

Sebenarnya Ibu dan ayah sendiri harus komited* dengan Allah, dan Allah sendiri akan uruskannya..

Untuk Ammar, saya hanya bagi dia wawasan ummatik , dia sendiri akan gerak, Allah yang bantu dia..

*Begitu kuat ayah & ibu Ammar percaya dan yakin kepada Allah.

Tidak mustahil Arwah Ammar jadi seperti ini skrg, kerana tarbiah daripada kluarga sejak awal lagi dengan misi dan matlamat yang jelas untuk wawasan ummatik..

Semuanya bermula daripada kluarga, tapi skrg ni, *sesetengah mak & ayah inginkan anak mereka jadi soleh dan solehah, tapi mak & ayah itu sendiri tidak memulakan sendiri dan tidak menunjukan usaha ke arah itu..

Al-Fatihah buat arwah Ammar..

Perkongsiaan ini ditulis oleh Ya Muhammad
— with Mohd Anuar.



Wednesday 4 December 2013

Perkongsian dari Ayah Ammar .. ^_^

Akhirnya aku tewas juga. 26 hari aku memendam perasaan, kesedihan, kepiluan akan pemergian Ammar, dalam Rancangan Pencetus Ummah, Astro Oasis malam tadi, aku tak dapat menahan sebak dan menangis 'live' di TV! Sesuatu yang luarbiasa telah berlaku dalam diriku!

Sedang aku telah bertekad dalam diriku bahawa sesi ini akan ku gunakan untuk menyuntik semangat agar meneladani Ammar, bukan untuk ditangisi.

Namun ketika aku menyebut, "saya mengharapkan agar Ammar yang akan menyembahyangkan jenazah ku nanti," tiba-tiba aku menjadi begitu sebak dan sayu sehingga tak terkawal lagi perasaan ku ini. Airmata jatuh berderai, suaraku menjadi sayup, hampir tidak kedengaran.

Aku dapat rasakan bahawa Dewan KUIS tempat berlangsungnya Rancangan Pencetus Ummah juga merasai akan kesedihanku yang terzahir tanpa dapat ku kawal.

Aku memohon ma'af kerana gagal melawan perasaanku ini. Sepatutnya, aku yang terkenal sebagai pencetus semangat perjuangan umat di kalangan ahli PKPIM, ABIM dan juga GPTD akan menampilkan suatu citra yang hebat , gagah dan tidak menunjukkan emosi walau dalam keadaan apa sekalipun, tetapi kali ini aku pasrah, aku tewas!

Sebaliknya, isteriku Nur Azlina telah berjaya melakukan sesuatu yang sepatutnya aku lakukan. Dia begitu bersemangat menyampaikan isi hatinya dengan begitu berkesan sekali! Inilah sesuatu yang luarbiasa yang berlaku dalam keluargaku sejak peninggalan Ammar. Kalau isteri yang kehilangan anak menangis dan sebak, itu biasa! Kalau suami nampak tenang dan bersahaja, itu juga biasa! Tetapi kalau sebaliknya berlaku, itu luarbiasa!

Jauh di sudut hatiku, aku bangga dengan isteriku ini. (Kalau ada mana-mana pihak nak jemput berceramah lepas ini, jemputlah isteriku, aku malu nak menangis lagi dikhalayak ramai apalagi 'live' di television..... :)

SHARE kisah ini jika anda rasa ia bermanfaat kepada umat Islam...

Oleh Ya Muhammad

Video perkongsian dari Ibu dan ayah Ammar,

1) Perkongsian Dari Ayah Ammar Bhg 1 :http://www.youtube.com/watch?v=FSXxBVEo5iU&feature=youtu.be
2) Ammar Syahid Dalam Perjalanan Untuk Mengajar Ilmu " Bhg 2 :http://www.youtube.com/watch?v=eQD3KQKczPA&feature=youtu.be
3) Ammar "Aku Melihat BidadariKu Di Syurga " Bhg 3 :http://www.youtube.com/watch?v=n29-DYaBH6g&feature=youtu.be
4) Perkongsian Dari Ibu Ammar " Allah Pelihara Ammar :http://www.youtube.com/watch?v=t8x56KR6-_A&feature=youtu.be


Ayah & Ibu Allahyarham Akhi Ahmad Ammar
Top of Form

Bottom of Form