Friday 29 November 2013

Kisah tentang wanita dari dunia menjadi ketua bidadari di Syurga :)

Bila dikatakan bahawa para bidadari di syurga nanti kesemuanya jelita belaka..terlalu rupawan serta serba serbinya paling menarik maka abagaimana pula kaum perempuan *Ahli Syurga* yang akan muncul mengisi mahligai syurga kelak…?? Di dalam syurga kelak, kaum wanita *Ahli Syurga* akan muncul jauh lebih rupawan dan menarik daripada para bidadari itu sendiri, wajah mereka jauh lebih cantik dan jelita..kulit tubuh jauh lebih halus dan pakaian mereka jauh lebih menarik dan berharga dari perhiasan para bidadari disyurga. Pada waktu yang sama kaum wanita dari dunia yang mengisi taman syurga dijadikan sebagai ketua bidadari bagi suami masing-masing, inilah ganjaran yang paling bernilai untuk mereka dimana nanti mereka akan diberkan tempat yang istimewa sesuai dengan kebajikan, kebaikan dan amal ibadat yang mereka kerjakan di dunia.
Kaum wanita diberikan kemuliaan dan tempat yang lebih tinggi dari para bidadari biasa di syurga. Lantaran mereka telah melalui berbagai-bagai ujian yang pahit dan manis serta telah pun bertungkus-lumus beribadat kepada Allah S.W.T ketika hidupnya di dunia dahulu. Di syurga nanti seorang perempuan yang telah bersuami, akan terus kembali berpasangan dengan suami asalnya ketika didunia dahulu dan disana nanti dialah yang menjadi ketua para bidadari di mahligai suaminya, manakala seorang wanita yang telah berkahwin denagn lebih daripada seorang lelaki ketika didunia.. maka di syurga nanti kelebihannya mereka akan diberi kebebasan untuk memilih salah seorang lelaki yang pernah berkahwin dengan dirinya dahulu semasa di dunia. Wanita-wanita ini nanti akan tujuh kali ganda lebih baik mutu dan kemuliaannya daripada bidadari biasa di taman syurga, seperti yang telah dinyatakan..para penghuni taman syurga nanti tidak akan menghadapi masa yang gelap seperti malam, sebaliknya di syurga nanti para penghuni melalui hari-hari seperti bertemu pagi dan petang dengan suatu ‘Nur Ajaib’ yang menjadi cahaya yang bakal meliputi seluruh taman syurga.. didalam syurga kelak tidak akan berlaku sebarang kekecohan pergaduhan pertengkaran, sakit hati dan perbagai-bagai lagi dikalangan para penghuninya yang ramai itu. Apa lagi dengan berpuluh-puluh orang bidadari yang akan menjadi isteri setiap seorang dari lelaki syurga.. ini kerana segala perasaan dengki, iri hati, sombong, bongkak serta sesuatu yang seumpamanya dikikis dan dibersihkan dari hati para penghuninya.. maka aman dan damailah serta akan sentiasa bergemerlapan perkampungan syurga setiap saat.

Apabila lelaki yang beruntung mula dihantar ke mahligai masing-masing diperkampungan syurga..maka akan menunggulah para bidadari yang bakal menjadi isteri masing-masing di pintu mahligai itu dengan kerinduan yang amat sangat.. akan berkatalah para bidadari itu ketika menyambut suami mereka dihari pertemuan paling bererti di syurga nanti.. terlalu lama kami menunggu kedatanganmu..kami sentiasa riang dan tidak pernah bersedih.. kami sentiasa lurus dan tidak pernah berlaku serong..kami juga hidup dan tidak pernah mati..mata bidadari itu redup dan manis serta tidak henti-henti menatap wajah suami masing-masing dengan hati yang penuh kerinduan.. berkatalah lagi para bidadari tu… Engkau adalah kekasih kami dan kami adalah kekasihmu..dan kami juga tidak mengenal orang lain selain dirimu…Indah sungguhkan menjadi bidadari syurga?? 

1 comment: