Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh.
Oleh
kerana ramai yang bertanya dan ingin mengenali lebih dekat siapa Al-Marhum
Ahmad Ammar Bin Azam yang baru-baru ini menggemparkan ummah dengan pemergian
beliau menghadap Ilahi. Maka saya sebagai sahabat sepengajian beliau di Turki
berasa bertanggungjawab untuk memperkenalkan serta mem-promote-kan
segala kebaikan yang beliau pernah lakukan semasa hayatnya mudah-mudahan ia
dikira ilmu bermanfaat yang ditinggalkan beliau (yang mana pahalanya berterusan
sehingga kiamat). Harap kepada siapa yang baca, bacalah sampai tamat. Maaf ia
agak panjang dan akan mengambil masa paling kurang 20 minit dengan banyak ayat
yang tak tersusun.
Beliau
antara student Malaysia terawal (beliau batch ke-2, saya ke-4 walaupun sampai
sekarang student Malaysia di Turki tak sampai 35 orang pun) yang melawan arus
perdana apabila memilih Turki sebagai destinasi pengajian setelah SPM. Sebab tu
kami panggil beliau Abang Long. Agak aneh, seorang yang pernah dinobat sebagai
pelajar kedua terbaik SPM 2010 di RMC dengan pencapaian 9A1 1A2 memilih untuk
sambung di Turki, negara yang sering dilabel sebagai negara Eropah yang
'sakit'. Sepatutnya beliau ke tempat yang lebih berprestij. Dah la ambil Turki,
ingatkan ambil medic ke, atau engineering, tengok-tengok ambil sejarah, bidang
yang sering diambil oleh student gred C dan D, sejarah Uthmaniyyah pulak tu.
MashaAllah! Bila pertama kali saya tanya beliau kenapa pilih Turki dan ambil
sejarah. Jawapan beliau,
Turki ni dulu pernah jadi pusat Dunia Islam 600
tahun, takde kuasa dunia yang lagi lama daripada tu, negara lain pun respect
dan tunduk dengan Turki, kenapa kita tak bangga, tu sejarah kita. Kita boleh
kembalikan balik sejarah tu. Lepas tu kita ni dah belajar tinggi-tinggi,
last-last orang yang belajar lebih-lebih kurang pulak control kita. Sebab tu
ana ambil sejarah.
Cukup
tersentak dengan jawapan tajam beliau.
Beliau
seorang yang sangat pendiam, tapi sekali beliau cakap, semua orang nak dengar
dan akan ingat apa yang beliau cakap. Beliau juga sangat susah nak gelak
ketawa, tapi sekali beliau ketawa semua orang ingat bila dan apa yang buat
beliau ketawa. Beliau jangan haraplah nak bercakap dengan perempuan, sangat
kekok kalau beliau dalam situasi tersebut. Pernah sekali beliau bawa student
Malaysia overseas yang datang cuti di Turki dan kebetulannya perempuan, oleh
kerana beliau malu nak beritahu kat perempuan tersebut, beliau call seorang
sahabat kami yang ambil master di Turki untuk tolong beritahu perempuan tu apa
yang dia nk beritahu. Padahal beliau ada depan perempuan tersebut. MashaAllah,
begitu sekali beliau menjaga dirinya.
Beliau
seorang yang sangat rajin menolong, kalau ada program apa-apa di rumah, beliau
orang yang pertama sampai untuk bantu bentang tikar, sapu-sapu, kadang-kadang
masak dan hidangkan makanan. Beliau jugalah yang last sekali balik sebab nak
bantu gulung tikar, sapu-sapu balik, basuh pinggan dan bungkuskan makanan.
Sungguh luar biasa akhlak serta tingkah laku beliau. Beliau sangat sopan
santun, sangat berjaga-jaga ketika bertanya dan sangat berdisiplin. Sebab
beliau pernah cakap,
Dulu masa kecik-kecik memang kuatlah
main-main tapi lepas masuk RMC memang kena train habis.
Saya
cukup rapat dengan beliau dan keluarga beliau malah saya mengenali bapa beliau
Hj. Azam sudah 10 tahun. Mana tidaknya, masa first time saya ngaji depan orang
umur 8 tahun, atas permintaan bapa beliau lah yg ketika itu masih Presiden
ABIM, sejak itu lagi saya aktif dalam program ABIM dan WADAH sehingga kini.
Sejak saya sampai di Turki, kalau sabtu ahad, saya akan pergi ke rumah beliau
dekat Fetih Mahallesi (hari-hari lain saya di asrama Turki), makan sama-sama,
beliau masak, bersukan, berdiskusi sampai tulis kt whiteboard dan akan tidur di
biliknya. Antara cara beliau ialah sebelum tidur dan bangkit dari tidur, beliau
akan tepuk tilam dan baca 3 surah Qul, pada masa tu saya ingat mungkin dari
sek. menengah lagi kot dia macam ni. Beliau sering tidur lewat kerana membaca
buku (buku-bukunya banyak yang dah rabak dan banyak tulisan menunjukkan yang
memang beliau membacanya). Bulan lepas, saya diminta untuk bentang mengenai
sejarah Uthmaniyyah di laman Universiti Terbuka Anak Muda (UTAM), beliaulah
yang saya jadikan rujukan utama. Beliau pun beritahu laa buku-buku dan
article-article sebagai persediaan untuk saya. Beliau juga cadangkan supaya
setiap minggu mesti ada student yang akan present mengenai apa-apa ikut bidang
masing-masing.
Ketika
Eid Adha yang lalu, kami (student Malaysia) berkumpul bersama-sama selama
seminggu. Dalam seminggu tu ada 1 hari full program dari pagi sampai malam.
Kami dibahagi-bahagi ikut kumpulan. Ditakdirkan Allah, kumpulan saya diketuai
oleh beliau. Tapi yang lawaknya nama kumpulan saya yang beliau beri, oleh sebab
beliau sangat suka Sultan Muhammed Al-Fatih, maka nama kumpulan kami yang
beliau bagi ialah 'Fatih Var Mı?' yang bermaksud 'Fatih ade ke?'. Sangat kelakar
sebab nama kumpulan kami soalan. Jadi setiap kali nama kumpulan kami dipanggil,
semua akan ketawa terbahak-bahak termasuk kami dan beliau sendiri. Tugasan kami
adalah pergi ke muzium Atatürk dan buat sedikit research. Dalam muzium itu,
beliau seolah-olah jadi penceramah apabila segala gambar-gambar yang ada dalam
muzium tersebut beliau terangkan dengan detail lebih daripada petugas-petugas
muzium terangkan pada kami.

Ada
sekali tu time makan malam di rumahnya, beliau cerita pengalaman beliau semasa
mengikuti misi kemanusiaan di Syria. Beliau kata,
Ana ni bukannya reti Arab.
Semua
orang yang menyerta
i misi ini tahu bahasa Arab dan bila tentera Syria tanya
dari mana datang, mereka jawab "Syria" (walaupun bukan sebenarnya).
Bila sampai turn beliau ditnya, beliau jawab "Maliziya", terus tak
dapat masuk. Alhamdulillah, beliau berjaya juga cari jalan belakang dan masuk
pada waktu malam secara sembunyi. Sebelum beliau pergi, beliau pernah kata,
Ana kalau tengok perempuan-perempuan Turki ni mesti
rasa macam nak kena kahwin dah ni, tak tahu sebab apa.
Ketika
beliau bermalam di wad hospital Syria, beliau terdengar bunyi bom yang sangat
kuat, terus beliau mengucap dan bersedia untuk syahid (kerana salah satu tujuan
beliau ke Syria juga adalah untuk syahid). Kemudian takde apa-apa berlaku
beliau terus tidur. Dalam tidurnya beliau bermimpi bertemu bidadari. Ketika
hari terakhir beliau di Syria, beliau ada bertanya dengan seorang pemandu di
Syria (kebetulan driver tu boleh cakap Inggeris sikit-sikit)
Kenapa pemuda-pemuda kat sini berani betul dan nak syahid?
Driver
tu jawab,
Pemuda kat sini dah tak pandang dah harta-benda dan
wanita-wanita, diorang semua hanya tunggu Syurga dan bidadari Syurga, sebab tu
diorang nak syahid.
Beliau pun ceritakan apa
yang beliau mimpi, driver tu kata,
Awak ni boleh mati syahid ni.
Sekembalinya
beliau ke Istanbul dengan selamat, kami pun (pasal baru habis baca buku
'Kemenangan yang Tertangguh' oleh saudara Hasbie Muda) gelarkan beliau 'Syahid
yang Tertangguh'. Bila beliau cerita pada kami yang beliau mimpi. Kami semua
gelak dan kata,
Anta ni kuat sangat bergurau.
Namun
hari-hari berikutnya beliau memang berubah, setiap kali beliau pandang
perempuan, tiada apa-apa yang dirasainya. 'Ajeeb!!!
Pernah
juga beliau minta pada saya,
Anta tolong ngaji time ana kahwin nanti ye.
Sy
pun jawab sambil tersengih,
Dah dekat ke? Dengan orang mana?
Beliau
jawab,
Ana mintak ayah ana carikan, ayah nak cari orang Bosnia.
Katanya
sambil berseloroh. Beliau juga cakap,
Nanti kalau kata ana meninggal kat sini pun anta tolong ngaji juga sikit
paling-paling pun Qul huAllah pun ok la.
Saya
pun jawab,
Tak yah laa cakap-cakap macam tu.
Beberapa
hari sebelum beliau pergi menghadap Yang Maha Esa, kami bertemu dalam satu
majlis makan malam di Çamlıca. Turut dihadiri oleh Menteri Pelancongan, Dato'
Seri Nazri Aziz. Kebetulan beberapa hari sebelum itu pula, saya berkesempatan
bertemu dengan Menteri Luar Turki, Dr. Ahmet Davutoğlu (nanti saya terangkan
kenapa saya selitkan nama Dr. Davut). Beliau tanya saya macam mana boleh jumpa
Dr. Davut sebab beliau nak sangat jumpa dengannya. Saya jawab Dato' Seri Anwar
Ibrahim yang bawa jumpa masa dia datang Beşiktaş hari tu. Beliau kata Dr. Davut
seorang yang sangat bijak. Gandingan EGD (Erdoğan, Gül, Davutoğlu) sahaja dah
boleh gerunkan musuh-musuh Turki. Pada malam itu beliau bercakap banyak lebih
dari biasa.
HasbunAllahu
wani'mal wakeel! Wallahi, tak saya sangka-sangka itulah pertemuan perpisahan
kami di ardhillah ini kerana 2 hari selepas itu, insan yang sudah saya anggap
seperti abang dan murobbi telah dipanggil menghadap Tuhannya. Beliau pergi
meninggalkn kami dan ummah buat selama-lamanya. Saat beliau ingin melintas di
jalan raya, kaki beliau tergelincir kerana jalan memang agak licin, terus
dilanggar sebuah ambulan kena bahagian bahu beliau (faham-fahamlah ambulan
Turki laju macam mana). Kami terus ke hospital untuk urusan forensik. Ibu bapa
beliau tiba di airport pada besoknya dengan keadaan yang cukup tenang (saya tak
pernah melihat wajah setenang mereka yang baru sahaja kehilangan seorang
permata yang lebih awal dipanggil olehNya, malah beliau merupakan satu-satunya
anak lelaki dalam keluarga). Saya masih tak dapat terima hakikat ketika itu, ia
seperti mimpi. Setelah jenazah dimandikan, kelihatan peluh masih ada pada wajah
beliau. Saya kenal muka beliau time tidur dan begitulah wajah yang sama pada
ketika itu, memang rasa macam nak kejutkan je. Namun Allah lebih menyayangi
beliau.
Ketika
jenazahnya disolatkan di Masjid Ayyub Al-Ansaari, ribuan yang hadir. Pada
ketika itu, saya yakin beliau seorang yang tiada musuh. Rakan-rakannya
sama-sama ponteng kelas pada hari itu sebab lecturer-lecturer pun tak datang
universiti semata-mata untuk bersama solatkan jenazah beliau. Saat dikebumikan
di perkuburan Eyyüp Sultan Camii, ramai yang tak sangka beliau boleh
ditempatkan di situ (kerana perkuburan tersebut juga ada makam sahabat
Rasulullah SAW, Abu Ayyub Al-Ansaari serta para mukminin yang lain, jadi agak
luar biasa kalau orang yang tiada kaitan dengan kerajaan, tambahan pula
foreigner untuk ditempatkan di situ) MasyaAllah! Ketika itu, kawan-kawan
universiti beliau turut memakai lencana gambar beliau pada pakaian
masing-masing. Dalam video, sebenarnya bukan saya dijemput untuk baca surah
Al-Ikhlas (tak seperti yang tertera dalam video), tapi sayalah yang minta untuk
baca. Saya cakap dekat Hoca bahawa Al-Marhum pernah minta saya baca pada masa
ini. Saya pun baca surah Al-Ikhlas sebnyak 3 kali (dalam video tu kali
pertama), kali ke-2 dan ke-3 saya sebak dan tak dapat menahan air mata yang
mengalir mengenangkan permintaan beliau semasa hayatnya yang pada masa itu saya
fikir beliau bergurau. Setelah selesai urusan pengkebumian, bapa beliau jumpa
dan kata pada saya sambil senyum,
Nanti baca lama-lama lagi.
Saya
terdiam, hati saya kata 'pakcik ni tak rasa
sedih ke?', saya lebih emosi dari bapa beliau
ketika itu. Pada keesokan harinya, bapa beliau mendapat panggilan telefon dari
Dr. Davut yang turut mengucapkan takziah. SubhanAllah, siapa sangka orang yang
teringin sangat beliau nak jumpa semasa hidup tapi tak berkesempatan. Namun
saat beliau pergi, turut mendapat pengetahuan orang itu. Beberapa hari yang
lalu, fakulti beliau di Universiti Marmara telah menanam sebatang pokok yang
diberi nama sempena nama beliau. Papan utama di Marmara Universiti tertera "AHMET AMMAR, BİZ ÇOK SEVİYORUZ" yang bermaksud "Kami amat merinduimu, Ahmad Ammar". Bapa beliau tatkala melihat suasana tersebut kata
pada saya sambil menggeleng kepala,
Ini bukan anak yang pakcik didik ni, mesti ada orang lain yang didik dia
sampai ke tahap ini.
Last
sekali sebelum beliau pergi, status terakhir beliau di FB, surah Taubah ayat
111 yang mana Allah berfirman,
"Sesungguhnya Allah membeli orang-orang
mukminin, diri mereka serta harta mereka dengan memberikan syurga untuk
mereka."
Cukup
memberi kesan kepada sesiapa sahaja yang membacanya. Saya redha beliau tetap
telah pergi. Hanya ilmu, nasihat dan semangat yang beliau tinggalkan pada saya.
Kalau dulu orang sebut 'Fatih var mı?' pasti akan ketawa terbahak-bahak, namun kini
kalau disebut lagi, hanya wajah beliau yang akan dikenang dan air mata akan
mengalir. Ramai di antara kami ingat apa yang jadi pada beliau akan menjadi
kerisauan ibu bapa di luar untuk menghantar anak-anak mereka ke Turki. Namun
kuasa Allah, rupa-rupanya beliaulah pencetus dan pembuka mata kepada masyarakat
untuk mula mengenal apa itu Turki di samping menjalinkan hubungan yang erat
antara Malaysia dan Turki.
Sungguh,
beliau hebat, hebat, memang hebat!!! Moga dengan hanya menonton video ramai
lagi pemuda-pemuda yang akan mengikut jejak wira Uthmaniyyah ini. Saya pasti
dan akan selama-lamanya mencemburui beliau.
"Abang Long Ammar Ağabey. Seni çok
seviyorum."
Doakan
beliau ditempatkan bersama para mukminin.
Al-Faatihah.
MUHAMMAD
BiN AHMAD ZAHiD
20/11/2013
İSTANBUL,TÜRKİYE